1) Keistimewaan:
Premium dibayar oleh PTPTN.
Perlindungan RM ke RM (Dollar to Dollar) sehingga maksima RM50,000 (insurans am) dan RM100,000 (insurans amanah).
Khairat/pampasan kematian untuk pendeposit (RM1,000) dan penerima manfaat (RM500).
2) Syarat:
Had umur pendeposit sehingga 65 tahun.
Had umur penerima manfaat sehingga 28 tahun.
Pendeposit mempunyai baki akaun sekurang-kurangnya RM1,000 pada setiap masa. Insurans Amanah - penerima manfaat adalah yatim piatu yang tinggal di rumah anak yatim dan akaun SSPN dibuka oleh pengetua/wakil pengurusan rumah anak yatim tersebut.
Perlindungan insurans ini tertakluk kepada peraturan Insurans Berkelompok PTPTN.
|