Sunday 14th March
 Identity Card
 Password
 
  Register New
 Register New
 Intake for IPTS
 Application Status
 News & Event
 Education Loan
 
 Where To Study
 What To Study
 
 Bulletin Kampusku
 Forum
 SPPK,Pengurusan Sekolah Harian
 Pelaporan L4, Bimbingan & kauseling
Terma dan Syarat
1. PENERIMAAN TERMA
Selamat Datang ke Kampusku-Portal. Kampusku-portal menyediakan perkhidmatan untuk memohon mendaftar belajar di IPTS Malaysia kepada anda. Sebagai tambahan, sewaktu menggunakan perkhidmatan Kampusku-Portal yang tertentu, anda dan Kampusku-Portal adalah tertakluk kepada garis panduan atau peraturan yang dinyatakan untuk perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan yang mungkin akan disiarkan dari masa ke masa. Semua bentuk garis panduan itu adalah dikira sebagai sebahagian daripada TP (Terma Perkhidmatan) ini.
   
2. DESKRIPSI PERKHIDMATAN
Kampusku-Portal pada masa kini menyediakan kemudahan kepada para pemohon untuk mencari dan seterusnya memohon ke kolej, program dan juga kursus yang sesuai dengan pemohon mengikut criteria dan kehendak. Semua ciri-ciri baru yang ditambah atau memperbaharui Perkhidmatan yang sedia ada termasuk juga penghasilan sebarang perkhidmatan yang menjadi hak milik Kampusku adalah tertakluk kepada TP(Terma Perkhidmatan). Anda faham dan setuju bahawa Perkhidmatan ini disediakan "SEKADAR YANG ADA" ("AS-IS") dan bahawa Kampusku-Portal menganggap tidak ada tanggungjawab ke atas kesediaan, pemadaman, tersalah hantar atau kegagalan untuk menyimpan mana-mana kesesuaian sendiri ( personalization ) pengguna. Untuk membolehkan anda mengguna Perkhidmatan, anda mestilah mempunyai akses ke Internet sama ada secara terus atau menerusi sebarang alat yang membolehkan anda mengakses kandungan yang berasaskan web. Anda juga mestilah menyediakan sendiri semua peralatan yang diperlukan untuk membuat sambungan ke Internet, termasuk komputer, modem dan lain-lain alat.
   
3. TANGGUNGJAWAB PENDAFTARAN ANDA
Untuk membolehkan anda menggunakan Perkhidmatan, anda setuju untuk:
(a) menyediakan maklumat mengenai diri sendiri yang benar, tepat, terkini dan lengkap sebagaimana yang diminta di dalam borang pendaftaran keahlian atau lain-lain borang pendaftaran perkhidmatan.("Data Pendaftaran") dan
(b) mengemaskini Data Pendaftaran untuk memastikan ia benar, tepat, terkini dan lengkap.
Jika anda memberikan sebarang maklumat yang tidak benar, tidak tepat atau tidak lengkap, Kampusku-Portal mempunyai asas yang kukuh untuk mempercayai bahawa maklumat itu tidak benar, tidak tepat, tidak semasa atau tidak lengkap, Kampusku-Portal mempunyai hak untuk menggantung atau menamatkan keahlian anda dan menolak sebarang dan semua penggunaan Perkhidmatan pada masa kini atau masa depan (atau mana-mana bahagian darinya). Kampusku-Portal mengambil berat tentang keselamatan dan privasi semua pengguna-penggunanya.
   
4. AKAUN AHLI, KATA LALUAN DAN KESELAMATAN
Akaun anda akan diaktifkan dan pemberian no rujukan keahlian apabila anda telah melengkapkan proses pendaftaran keahlian. Setiap pengaktifan permohonan akan dibuat setelah pemohon mengaktifkan permohonan dan pendaftaran keahlian melalui e-mel pemohon atau SMS. Anda adalah bertanggungjawab untuk memastikan kata laluan dan maklumat keahlian anda adalah sulit pada setiap masa, dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua aktiviti yang berlaku di semasa penggunan keahlian atau kata laluan anda. Anda setuju untuk:
(a) segera memaklumkan Kampusku-Portal sekiranya terdapat penggunaan kata laluan atau keahlian anda secara tidak sah atau sebarang bentuk pencerobohan, dan
(b) memastikan anda keluar atau log off daripada akaun anda bagi sesetengah daripada Perkhidmatan yang memerlukan anda berbuat sebegitu.
Kampusku-Portal tidak boleh dan tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada kegagalan anda untuk mematuhi Bahagian 5 ini.
   
5. KANDUNGAN AWAM YANG DISIARKAN DI Kampusku-Portal
(a) Untuk tujuan TP, "bahagian Perkhidmatan yang boleh diakses oleh orang awam" adalah merupakan bahagian rangkaian Kampusku-Portal yang boleh diakses dan dilihat oleh orang awam. Sebagai contoh, bahagian Perkhidmatan yang boleh diakses oleh orang awam adalah merangkumi pemilihan kolej,program dan kursus yang ditawarkan oleh kolej tetapi tidak merangkumi maklumat diri ahli Kampusku-Portal kepada pengguna yang lain.
(c) Merujuk kepada maklumat diri ahli Kampusku-Portal, ianya boleh disalurkan kepada kolej-kolej yang dipohon sahaja tetapi tidak kepada kolej-kolej yang tidak berkenaan.
   
6. AMALAN UMUM BERHUBUNG PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN
Anda bersetuju bahawa Kampusku-Portal boleh mengemukakan amalan dan batasan umum berhubung penggunaan Perkhidmatan, termasuk tanpa had jumlah maksimum bilangan mesej-mesej ke e-mel dan telefon bimbit. Anda setuju bahawa Kampusku-Portal tidak bertanggungjawab atau mempunyai tanggungan ke atas pemadaman atau kegagalan untuk menyimpan mana-mana mesej dan lain-lain komunikasi atau lain-lain Kandungan atau yang dihantar menerusi Perkhidmatan.
   
7. PERUBAHAN KE ATAS PERKHIDMATAN
Kampusku-Portal mempunyai hak pada bila-bila masa untuk mengubah atau tidak meneruskan sama ada buat sementara waktu atau selamanya Perkhidmatan (atau mana-mana bahagiannya) dengan atau tanpa notis. Anda setuju bahawa Kampusku-Portal tidak boleh dipertanggungjawabkan keatas anda atau mana-mana pihak ketiga ke atas perubahan, penggantungan atau penamatan Perkhidmatan.
   
8. PENAMATAN
Anda setuju bahawa Kampusku-Portal, mengikut kehendak dirinya sendiri, boleh menamatkan keahlian dan kata laluan anda (atau mana-mana bahagian darinya), atau penggunaan Perkhidmatan, dan membuang sebarang Kandungan di dalam Perkhidmatan, atas apa-apa sebab, termasuk tanpa had ke atas kekurangan penggunaan atau jika Kampusku-Portal percaya bahawa anda telah melanggar dan bertindak tidak selaras dengan semangat TP ini. Kampusku-Portal boleh juga atas kehendak dirinya sendiri dan pada bila-bila masa menamatkan perkhidmatannya, mana-mana bahagiannya, dengan atau tanpa notis. Anda setuju bahawa penamatan akses anda ke Perkhidmatan di bawah kawalan TP ini boleh dikuatkuasakan tanpa sebarang notis, dan setuju bahawa Kampusku-Portal boleh dengan serta merta menidak-aktifkan atau memadamkan keahlian anda dan semua maklumat dan fail berkaitan dan/atau menggam akses kepada fail atau Perkhidmatan berkaitan. Anda juga setuju bahawa Kampusku-Portal tidak boleh dipertanggungjawabkan oleh anda atau mana-mana pihak ketiga ke atas penamatan akses anda ke Perkhidmatan.
   
9. JAMINAN TIDAK BOLEH DITUNTUT
Anda sepenuhnya memahami dan bersetuju bahawa:
(a) penggunaan anda ke atas Perkhidmatan adalah sepenuhnya di bawah tanggungan dan risiko sendiri. Perkhidmatan disediakan asasnya secara "SEKADAR YANG ADA" ("AS IS") dan "SEKADAR YANG DAPAT" ("AS AVAILABLE"). Kampusku-Portal sepenuh-penuhnya dan sejelas-jelasnya tidak menawarkan tuntutan ke atas semua jaminan dalam apa jua bentuk.
(b) Kampusku-Portal tidak memberi jaminan bahawa:
i. perkhidmatan yang disediakan memenuhi keperluan anda,
ii. Perkhidmatan yang disediakan tidak akan terganggu, tepat pada masa, selamat atau tiada ralat,
iii. hasil yang diperolehi daripada penggunaan Perkhidmatan adalah tepat dan boleh dipercayai,
iv. kualiti sebarang produk, perkhidmatan, maklumat, atau lain-lain material yang dibeli atau diperolehi oleh anda menerusi perkhidmatan yang disediakan akan memenuhi jangkaan anda, dan
v. sebarang ralat di dalam perisian akan diperbetulkan.
   
10. AMARAN UNTUK PERKHIDMATAN YANG BERKAITAN DENGAN HAL KEWANGAN
Sebarang mesej perkhidmatan yang dihantar dan diterima oleh pengguna/pemohon melalui SMS akan dikenakan bayaran.
   
11. HAKCIPTA
Kampusku-Portal menghormati harta intelek orang lain dan kami meminta supaya para pengguna kami juga melakukan perkara yang sama. Sebarang label, bentuk dan format ditiru akan dikenakan tindakan undang-undang.
   
12. MAKLUMAT AM
TP ini mengandungi keseluruhan perjanjian dan persetujuan di antara anda dan Kampusku-Portal dan mengawal penggunaan anda ke atas Perkhidmatan, membatalkan mana-mana persetujuan terdahulu di antara anda dan Kampusku-Portal. Anda juga boleh tertakluk dengan terma dan syarat-syarat tambahan yang mungkin dikenakan apabila anda menggunakan perkhidmatan Kampusku-Portal

Copyright Alliance Smart Card Technology (M) Sdn Bhd 2007
Kampusku Advertising Contact
Kampusku Kuala Lumpur, Malaysia
Kampusku Jakarta, Indonesia
No 68C, Jalan Lumut,Damai Complex, Off Jalan Ipoh, 50400 Kuala Lumpur
Jakarta Office, Chengkir Barat 4, No 5, Kelapa Gading, Jakarta Utara, 14350 Indonesia.
Tel: +603-4048 1061 Fax: +603-4048 1044 Email: admin@kampusku.edu.my
Tel : 021-33758234 Fax: 021-4587 5182